cikgu = balaci?

kerja cikgu ni macam kerja balaci. buat semua yang bos suruh. buat semua kerja..bukan setakat mengajar. semua dia buat. kerani pun dia. tukang kebun pun dia. pengasuh pun dia. store keeper pun dia. kejar org pun dia..... bukan setakat mengajar
cikgu ni balaci. sume keje die buat. dia mengajar pg. tengahari blk. tp sepagi dia kat sekolah, dia bukan setakat mengajar. dia mengasuh anak org. bukan sorang. tapi 1 kelas ada 30 org. kalo 1 hari dia mengajar 5 kelas, tak ke dia mengasuh 150 org budak? tu baru 1 hari. tu keje dalam kelas.
kat luar kelas, dia lah penyelaras itu, penyelaras ini....dia penasihat itu, penasihat ini..... dia setiausaha itu, setiausaha ini.... bilik itu dia jaga, bilik ini dia kemas.... budak tu dia marah, barang tu dia rampas... walau dia tau dia akan dimarah, dia tetap denda dan pukul(sikit) demi untuk mengajar budak2 yg ntah anak sapa tu, seolah mcm anak dia sendiri....
tu pon. gaji flat jugak.... keje overtime, free...... setengah tu g keje cm nak g sabung nyawa(pedalaman)..... ramai cikgu yg buat keje free kat skolah... tgk sendiri la kalo nk tau... ujung2 mggu blaja2 la g skolah tgk sapa ada kat skolah........

tu pun..... ada org kata kerja cikgu ni senang. keje separuh hari. cuti banyak. kat skolah curi tulang... keje jual avon, cni, blablabla.... ramai yg kata cikgu smbil lewa....

ada yg marah pulak cikgu buat tusyen lepas skolh.. dah tu anak sapa yg p tuisyen tu? kalo bukan cikgu yg buat tuisyen takkan engineer schomi nk buat? takkan pilot airasia nak buat? nak ke diorang? apa kelas.....

balaci ni jugak la..... kerja keras.... kalo pikir buat semua ni utk budak2..anak2 malaysia.. semua akan jd ikhlas.... tp bila buat semata2 utk duit.... mmg balaci la

No comments:

Post a Comment